21 January, 2026

SAMAN PARKING MBSA : RM270.00

Kalo tak silap aku kena saman parking MBSA 2minggu lepas semasa aku berada di Bangunan Darul Ehsan-jenuh memusing cari parking ,jadi aku fikir nak g kejap aje-maka berani mati letak keta tepi jalan.

Saman yang aku terima adalah Kompaun Tunda sebanyak RM270.00 yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14hari bekerja.

Aku pun termenunglah,banyaklah haiii nak bayar kompaun macam ni tgh2 bulan.
Aku pun dok google itu ini

Aku jadi curiouslah sebab keta aku x ditunda,dah kenapa kena bayar sebanyak tu plak.Aku still belum bayar lg,hari ni baru aku berkesempatan call Jabatan Perundangan MBSA.

Bagitau apa masalah aku,tanya ada pengurangan ke tak.Sebab aku rasa macam mahal sgtlah kos kompaun tu yang mana bila aku search online-kos itu memang termasuk kos tunda,kos simpan di depoh.Yang mana sumer tu x berlaku pun pada keta aku.

So Pegawai yang menjawab talian bagi solution.Bayar RM60 melalui mana2 kaunter MBSA atau PBTPay atau melalui Jompay.

Untuk Jompay
Biller Code: 6726
Ref 1 : No kompaun yang bermula dengan huruf "K"
Ref 2: Tel no

So kes aku ni dia akan cas aku RM60 sahaja.Ok sangatlah dari nak berabis RM270.00.Sempatlah menunggu gaji esok,jadi settelkan esok ajelah.

Aduhai..tgh2 bulan xde duit nilah,macam2 nak kena hadap bayar plak.

Moral of the story,carilah parking sehingga titisan terakhir darah kalo ko berada di kawasan Shah Alam.Tersakiti tau nak bayar kompaun kemain mahal.MBSJ saman parking baru RM 10 jika bayar dalam tempoh 24jam :(




20 January, 2026

M.I.S.K.I.N si M40

Tajuk berani mati
Tapi itulah realiti pahitnya bulan ni
Kami suami isteri sumpah miskin
Hahahahaha!!

Duit boleh guna ada kat bank aku ada RM46
Dalam purse ada RM20
Husband ada lah tggl RM 25
Gilalah..

Duit saving xyahlah quote kat sini
Itu memang duit yang aku simpan kat THJ
Memang jika x terdesak aku buat x nampak ajelah saving yang satu tu
Itulah satu2nya saving yang aku pulun simpan
Skrg wpun xde duit,mmg aku bertahan dengan apa yang ada sbb 2 hr lg pun nak gaji.Begitulah realiti orang makan gajikan,tgh2 bulan2 mulalah rasa tight.

Banyak betul duit lebur untuk bukak sekolah baru ni
Proportion duit habis memang habis lebih banyak untuk keperluan Auni & Adeeb
Affan x menggunakan perbelanjaan yang tinggi
Begitu jugak dengan Ain

So menuju 2 hari lagi ke hari gaji
Maka pulunlah hadap apa yang ada
Aku punya kira2 untuk survival hanya ada 3 perkara
Ada beras,telur untuk dimasak,dan alhamdulillah ada ayam 1/2 ekor untuk anak2 berdua yang anti ikan tu.
Ada minyak keta untuk bergerak g keja
Dan ada duit belanja sekolah anak2
Kemujurannya,duit belanja sekolah anak2 kami dah allocate awal2,jadi tak serabut guna duit dalam tangan.
Aku paling risau jika anak2 smp terpaksa berikat perut tak makan sebab kegagalan kami merancang kewangan anak2.Sebab itu aku akan pastikan duit belanja sekolah anak2 dah allocate siap2 lepas kami dapat gaji.
Insyaallah leh survive!

Aku lahir dari keluarga susah
Maka orang yang terbiasa hidup susah ni
Dia banyak life hack sifir survival dia sendiri
Dia x expect banyak,dia hanya hadap apa yang ada & hidup seadanya

Aku pernah ada seorang kawan zaman kolej dulu
Dia hanya makan nasi 1x sehari
Xde lauk,hanya sayur bening-kalo ada laukpun mungkin telur mata,telur dadar
Aku tanya -xde lauk xpe ke?
Dia kata dgn aku smp skrg aku akan ingat
Saya hanya makan untuk kenyang & bertahan sehingga esok hari
Jadi aku smp skrg terkenang dia,bila rasa xde duit nak beli lauk.Aku tanam dlm kepala,makan apapun kenyang.Jangan cerewet tang makan.Kalo x cerewet campak ke mana pun insyaallah hidup!

So moral of the story,kami kena allocate extra untuk buka sekolah tahun depan.Kami terlupa mengira faktor inflasi untuk allocate bajet buka sekolah baru ni.Tak sangka plak selain kos beli pakaian sekolah,kos yuran & kos buku pun naik mendadak.Jadi kegagalan bajet tersebut menyebabkan kami terpaksa guna duit yang sepatutnya untuk survival sehingga gaji Jan 2026 keluar.

Duit BAP anak2-kami simpan dalam akaun memasing,cuma duit Adeeb-RM 100 kami guna duit tu belikan kalkulator saintifik yang hampir RM96.Duit BAP Auni kami akan suruh dia simpan untuk duit poket dia sepanjang diasrama nanti.

Begitulah kisahnya,kami suami isteri membesarkan anak2 4 orang yang semua masih bersekolah.Dengan komitmen rumah,kereta 2 biji-sungguhlah x senang mana jugak.

Apapun aku syukur,wpun x berapa nak berduit.Anak2 cukup makan,x pernah lagi anak2 berlapar x makan.Kurang2 makan 3x sehari,dengan duit belanja RM5 sorang.Pg & balik sekolah berjemput bagai.Anak2 x perlu jalan kaki ke sekolah,Tido elok beraircond bagai.Sungguhlah beruntungnya anak2 zaman skrg.

Ini bukan entri mintak simpati tapi inilah realiti pahit keluarga M40 dengan anak 4 orang survival di Selangor.Kami suami isteri membayar PCB setiap bulan 500+ sorang.Tak layak dapat apa2 STR,jadi kami antara golongan yang terSAKITI.Dinafikan bantuan kerajaan,diperah keringat kami dgn potongan PCB yang sangat susah nak claim full bila tiba musim e-Filing nanti.Begitulah hidup sbg M40.Kami bukan orang kaya,bukan jugak orang miskin tapi kamilah golongan pertengahan yang duduk ditengah border line antara kedua golongan ini.

Siapalah sakai menteri yang mai akal buat pengelasan macam ni?
Meh nak sekeh sikit!!!









14 January, 2026

Kembali ke sekolah 2026

Hari ni sahaja baru sempat mencoret sesuatu disini
Punyalah sibuk macam sotong
Menguruskan urusan sekolah anak2 dari Auni ke Affan

Awal Januari hari tu menghantar Auni balik ke asrama
Auni balik SAHUT awal seminggu sebab dia kena attend kem Tingkatan 5 yang diadakan di Utara
So kami pegi ke Kuala Berang 2hr 1 malam.Tido pun kat hotel murah di bandar KB.Penat jangan cakaplah.

Balik dr Terengganu,kami pulun settlekan urusan sekolah Adeeb.
Finally,Adeeb hanya bersekolah di SEKHAR 
Apapun aku terima ajelah keputusan dia yang memilih tinggal dirumah melayan rentan maknya ni
Aku hanya ada masa kurang seminggu
Menguruskan beli buku,prepare bayar yuran sekolah Adeeb.

Hari pertama sekolah memang aku apply cuti sebab hari pembayaran segala mak nenek yuran diadakan pada hari Isnin lepas.Merasalah berpeluh ketiak beratur,punyalah ramai umat manusia.Almaklumlah sekolah Adeeb,tingkatan 1 aje ada 22 buah kelas.Hampir 1000 student mendaftar Tingkatan 1.Jadi kira ajelah berapa ramai mak pak yang berada kat dewan untuk urusan pendaftaran sekolah.

1st day sekolah Affan demam,muntah2.Heret ke klinik,doktor kata keracunan makanan.Jadi Isnin tempohari selain menguruskan Adeeb,adalah hari menjaga Affan yang x sihat tu.

Apapun sedikit lega sebab Adeeb dah pandai menguruskan urusan dia yang perlu naik/balik guna van.Selama ni papanya yang uruskan selama 6 tahun pg-hantar berambik,kali ni memang xleh nak urus dah sebab clash dengan waktu balik si Affan.Cuma wajiblah aku memasak hari2 sebab Adeeb kena makan dulu sebelum naik van ke sekolah.Penat sikitlah bila dah start sekolah ni.

Sbg mak,doa ajelah yang baik2.Semoga tahun ni Allah swt permudahkan urusan anak2 bersekolah.Moga anak2 rajin pegi sekolah,tak banyak drama aneh2 dan yang paling penting dipelihara dari sebarang anasir luar yang menyeramkan.Mama dah warning awal2,jangan sampai tertangkap isu rokok,isu vaping.Cukup meresahkan membaca kisah2 masalah sosial macam ni.Allahu!


Handsome boy mama :Adeeb Ridzqin


18 December, 2025

Tamatlah alam persekolahan sekolah rendah untuk Adeeb :)

 

Sekejapnya masa berlalu
Macam tak percaya 
Adeeb bakal menamatkan alam sekolah rendahnya esok
Tahun depan Adeeb akan masuk Tingkatan 1

Cabaran membesarkan Adeeb bukanlah kata langsung takde
Tapi Adeeb anak yang x banyak isu besar
Adeeb hanya lemah sikit dalam akademik,semuanya perlu dibantu
Tapi Adeeb memang cemerlang tang bersukan
Apa aje sukan yang dia x masuk

Walauapapun pencapaian dia ditahun ini
Tetaplah sebagai ibubapa
Kami raikan apa jua kejayaan kecilnya

Setakat hari ini masih belum ada keputusan rasmi sekolah mana lagi
Masih berharap ke SAM 
dan kami ada standby 2 sekolah lain
Selain sekolah feeder & sekolah swasta yang kami terima bulan lepas

Tak tahu kenapa masih belum ada ketetapan
Ntah kenapa juga masih in denial nak menguruskan Adeeb masuk sekolah menengah
Husband as usual,dia sejenis x berapa nak memikir
Selalu serah urusan macam ni pada isteri

So aku mengambil pendekatan,relax2 dulu
Masih ada masa memikir sekurang2 sehingga 28/12/25.
Lepas tu baru kita buat keputusan rasmi
Sekarang kata kuncinya adalah DUIT
Ada duit,insyaallah semua jadi
Jika asrama sekolah swasta tu jadi pilihan utama
Kami hanya perlu siapkan dokumen
Settlekan yuran & beli barang keperluan Adeeb

Jika sekolah feeder jadi pilihannya,maka kami uruskan segala mak nenek yuran.buku & uruskan transport ke sekolah sahaja.
Jadi xdelah susah sgt setakat ni.
So chill mama,uruskan apa yang patut sahaja
Jangan sakit2kan kepala

Jika SAM adalah rezeki tertulis buat Adeeb
Maka kami mungkin ada masa kurang 2 minggu dari tarikh result SAM keluar untuk buat preparation
Dan mengikut track record menguruskan Ain ke SBP,insyaallah preparation tu tidak mustahil
Ain ke SBP-result hr Sabtu,Selasa kami daftarkan dia masuk asrama.
Gila x gila punya keja
Dah lah result tgh bulan puasa,menghantar Ain ke Kedah pun tgh berpuasa.
Sungguhlah,hustle betul.

So apapun wish us luck
Semoga apapun rezeki ketetapan Allah swt buat Adeeb
Itu adalah yang terbaik buat masa & ketika ini
Kami berserah sepenuhnya semoga dipermudahkan urusan anak kami ini.





02 December, 2025

Suspect PNEUMOTHORAX aka paru-paru bocor

W/pun pada dasarnya mungkin xde sapa yang berminat pun nak baca pun entry aku ni.
Tapi aku tetaplah nak coretkan disini sebagai catatan peribadi aku meladeni isu kesakitan mak aku yang bertalu2.

Mak dah 2 malam tido di HUKM
Malam tadi pukul 11pm baru dapat wad setelah 24jam duduk mereput di ED
Expected,HUKM mmg penuh.
ED semalam pun serupa macam kes di kem bulan sabit di medan peperangan,tak lalu kita melihatnya.Sumer tenat2 belaka,kesian melihatnya

Mak nampak ok semalam,oksigen bila on mask -reading mencatat 99-100%
Tapi bilamana off mask,auto mak macam struggle bernafas.Cepat penat,mengah.
Tapi alhamdulillah,muka x sepucat hari tu
Tido elok tanpa terkejut2 bangun tengah malam spt sblm2 ni.
Alhamdulillah,aku boleh jugak tido straight 5jam malam tadi.Bagi aku memadailah dapat recharge selama itu,sebelum memulakan tugasan semula hari ini.

Pagi ni aku tinggalkan mak dalam jagaan kakak sulungku.
Doktor round  bagitau,macam suspect mak ada simptom paru2 bocor aka Pneumothorax
Sebab tanpa oksigen,mak macam struggle nak bernafas sendiri



Bila digoogle-kebarangkalian mak kena ni adalah disebabkan kebergantungan kepada mesin pernafasan ketika berada di ICU Hospital Putrajaya bulan Oktober lepas.
Wpun bunyinya adalah menakutkan,tapi aku lega sebab sekurang2nya mak aku dihospital skrg bukan dirumah.Pendek kata she's in good hands.

Penat memanglah penat berulang hospital yang jauhnya 30-40minit dari rumahku di Puchong tapi aku redhalah asalkan ianya memberi kebaikan pada mak.

Tumpang doakan semoga mak cepat sihat hendaknya,dipermudahkan urusan jemaah Doktor Pakar yang merawat mak.Semoga ketemu rawatan sesuai dengan mak hdknya.

Nampak gayanya,haruslah paling awal seminggu wajib mak ditahan di hospital kali ni.Bertabahlah :)



01 December, 2025

Jangan ajarkan aku tentang SABAR :(



Mak warded semula tengah malam tadi di HUKM
As usual kes yang sama berulang lagik
Mak sesak nafas-kalo terma medicalnya-diagnosis yang ditulis di admission sheet
BP Emergency

Apa terjadi dengan mak
Kes yang sama berulang kembali bilamana dia gagal mengawal pengambilan air terutamanya pada hari Sabtu/Ahad dimana kedua-dua hari ini beliau takde dialisis
Bilamana takde dialisis mmg kena careful betul menguruskan air minum mak
Masalah dengan mak adalah susah atau taknak dengar nasihat langsung
Jadi bila air terlebih-bloated & of coz mak akan jadi sesak nafas

Aku redhalah dengan ujian jaga mak yang sakit
Ujian mendidik aku sabar
Ujian inilah beri kekuatan luar biasa

Aku tak mintak simpati orang
Aku hanya berdoa semoga Allah swt tulis takdir terbaik buat kami sekeluarga
Dan beri sebaik2 ganjaran kebaikan atas apa jua susah payah yang sedang dan bakal kami lalui.

Bekerja sepenuh masa
Yang ketiadaan aku dipejabat akan jadi banyak isu sebagai orang yang bekerja stand alone-ramai yang mengandalkan aku di pejabat.Menjadi strong pillar dalam organisasi memungkinkan aku untuk EL dari hari ke hari.
Kadang2 suka atau tak suka,terpaksa meninggalkan mak di hospital & aku perlu pegi bekerja.
Balik kerja terpaksa siapkan makan -minum anak2 dirumah,barulah ke hospital.
Smp di wad-bateri aku wajib tggl 40% malahan mungkin lampunya berkelip2 tinggal mintak nyawa.
Sekadar menjalankan t/jawab sbg anak w/pun jauh disudut hati geramnya terpaksa melalui episod yang sama saban bulan.
Menemankan mak tido dilantai beku di wad
Keesokkan paginya wajib sebelum subuh berlari dalam gelap  meninggalkan mak,aku masih ada anak2 kecik yang masih bersekolah perlukan figura mamanya di waktu pagi.Sekaligus aku perlu bersiap masuk pejabat semula.
Tido takkan pernah cukup diwad,2-3 jam max dah memadai untuk cas bateri.

Sungguhlah jangan bicara dengan ku tentang erti SABAR
Sebab SABAR aku pasti tak sama definisi dengan SABAR yang kau maksudkan.
Jangan sabarkan aku
Tapi berdoalah untukku
Semoga aku KUAT bertahan sebagai anak
Semoga aku terus TAAT melayani pintu syurga nan satu.

Suatu hari nanti
Jika mak pergi di jemput Allah swt
Sekurang2nya aku tahu didunia ini aku telah melakukan semampuku
Jadi anak yang berusaha berbakti
Dan jadi role model bagi anak2 ku yang sedang melihat ibunya yang huru-hara ketika ini.
Bahawa menjaga ibu itu wajib hukumnya
Kerana ibu itu hanya seorang  didunia
Betapa susah payahnya dia membesarkan kita

Cuma aku berdoa sgt2
Semoga tiada anak2ku yang akan melalui seperti apa yang sedang aku lalui sekarang.
Cukuplah kitarannya sampai aku sahaja.
Semoga satu saat aku sakit tenat-ajalku hadir sejurus itu
Anak2 itu ada jalan hidup mereka masing2
Biarkan mereka menjalani hidup mereka tanpa perlu susah payah menjaga kami suami isteri.
Kerana menjaga orang tua sakit tak semudah menyebutnya
Ada urusan hati yang perlu diuruskan
Sungguhlah syurga Allah itu mahal maharnya

Kuatlah semua anak2 yang sedang diuji 
Jaga orang tua yang sedang sakit
Kita akan kuat melalui fasa perit ini
Dan kita lebih kuat dari yang kita bayangkan.

Ingatlah ayat Al Quran surah Al-Insyirah
Yakinlah ada kemudahan pada setiap kesulitan:)


dan Allah swt janji
Tiada ujianNYA diluar kemampuan kita

Kuat ye!!







28 November, 2025

Jayyid untuk Adeeb :)

Semalam selamat menerima result PSRA Adeeb
Wpun bukan MUMTAZ tetaplah bersyukur dengan result JAYYID yang dia terima.
2 subjek dapat Jayyid Jiddan
2 subjek dapat Jayyid
1 subjek dapat Maqbul
Expected & kami raikan Adeeb malam tadi,belanja dia makan western favorite dia

Rabu lepas Adeeb terima 2 anugerah Koko & PAJSK cemerlang dari  SK-nya.Baru mama perasan Adeeb dah tinggi & handsome dah anak mama :)

Tapi mama a bit emo
Sebab dia berharap sgt dapat ke SAM
Mama cakap,takyahlah kita letak harapan tinggi sangat
Mumtaz kat Selangor ni aje ada 11k candidates

Takkanlah pemilihan SAM nak ketepikan 11k terbaik nak slot kamu yang hanya dapat Jayyid ni.
Memang harsh true-tapi itulah dunia nak,takde satu pun yang akan berpihak pada kita pada setiap waktu.Lebih ramai diluar sana yang lebih baik daripada kita.

Tapi mama akan tetap lengkapkan permohonan SAM esok lusa.
Sebagai cara kita untuk memasuki sistem permohonan
Dapat x dapat belakang cerita
Sekurang2 kita dah berusaha bahagian kita
Kalo ada butang rayuan kita hantar rayuan
Jika ditolak sekalipun,kita sudah berusaha & selebihnya tawakal dengan rezeki ketentuan Allah swt.

Pengesahan penempatan SM Harian kami dah berjaya buat semalam.Masih berkira2 lagi sebenarnya tapi macam aku cakap,kita suka berlari buat keputusan di garisan penamat @ masa2 terakhir yang ada.Kita masih ada ruang untuk berkira2 & buat persiapan seadanya.Jika ke SM Kiblah pilihan terbaik,sediakan duit ringgit-insyaallah segalanya jadi mudah bila ada duit.Persiapan ke SM Harian,setakat nak settlekan buku2 yuran-pun x susah sgt.Cuma jadi serabut cari van sekolah ajelah.

So back to square mama
Do whatever it takes
Apapun rezeki anak kami
Sudah termaktub sejak awal lagi

Apapun tahniah Adeeb
Mama & Papa tau Adeeb struggle
Dan Adeeb dah berusaha
Semoga Allah swt permudahkan urusan Adeeb memasuki SM tahun depan,berusaha gigih untuk berjaya dan yang paling penting start early,Adeeb kena fokus belajar dari awal untuk SM supaya tak jauh ketinggalan.





Most viewed blog post